5 Destinasi Menarik Di Indonesia 30/08/2018


Korang mesti sering ke Indonesia tetapi tidak tahu tempat menarik yang patut dikunjungi. Indonesia terkenal dengan kepulauan yang sangat indah dan menarik jutaan pelancong ke sana. Jadi Cik Ropiahg akan syorkan kepada korang beberapa tempat menarik di Indonesia.

1. Banda Neira, Maluku

Pemandangan Pulau Banda Neira di Kabupaten Maluku Tengah sangat menarik kerana terkenal dengan kawasan bersejarah. Korang patut lihat sendiri pemandangan semula jadi.  Malah keindahan pantai ini turut diakui oleh pelancong asing yang datang ke sana.

2. Sianok jurang, Sumatera Barat

Destinasi yang ketiga ini korang dapat melihat keindahan Sianok Gorge, yang terletak di tengah Kota Bukittinggi, Sumatera Barat. Cangung Sianok adalah lembah sempit yang dikelilingi oleh tebing curam. Kehadiran aliran sungai, haiwan, dan flora sekeliling membuat Sianok Gorge lebih cantik. Tapi andai kata ada rezeki, korang dapat melihat bunga terbesar di dunia, rafflesia arnoldi yang berkembang di sini kalau tak dapat lihat di Malaysia jangan risau kat sini pun ada.

 

3.Gunung Bromo, Jawa Timur

Bermula dari matahari terbit, matahari terbenam, kawah Bromo, berbisik pasir, dan bukit Teletubbies akan membuat korang kagum.Lagi satu korang pernah tengok tak cerita 5cm.Haa kat sinilah pengambaran itu dilakukan macam mana dalam cerita tu indahkan..apatah lagi kalau dapat merasai sendiri ke sana kan mesti lagi indah betul tak..Mahameru diberi nama ehhh serunya kalau dapat kesana. :)

 

4. Taman Negara Wakatobi, Sulawesi Tenggara

Wakatobi merupakan salah satu pelancongan marin terbaik di Indonesia. Kawasan di bawah laut mencapai 1.39 juta hektar dengan pelbagai terumbu karang yang indah. Selain itu, kawasan Wakatobi adalah salah satu daripada 10 destinasi utama yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Indonesia.Haa menarik bukan,memang korang akan pergi tempat2 yang menarik punya ialah dah nama  pun melancongkan mesti nak tengok indah-indah je kan.Kalau boleh semua bende nak indah.

 

 

5. Pulau Derawan, Kalimantan Timur

Bercakap mengenai pelancongan marin, jangan lupa pulau eksotik Derawan di Kalimantan Timur. Derawan telah menjadi salah satu destinasi impian pelancong di seluruh dunia. Terutama untuk penyelam, Derawan mempunyai tempat menyelam terbaik untuk melihat manta, ubor-ubor, dan sebagainya.

Sampai di sini sahaja admin share mengenai Indonesia. Harap maklumat ini bermanfaat kepada anda semua. Jika anda tidak suka travel sendiri dan memerlukan agensi pelancongan anda boleh membuat tempahan di Rba Travel. kami ada menyediakan pakej ke Indonesia dengan harga sangat murah. Jika berminat boleh hubungi kami Rba travel.

 

 




Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd (2018)

loading

Terima kasih kerana memilih RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Sila tunggu sementara kami memuatkan