6 Jenis Makanan Paling Mahal 04/10/2018


Assalamualaikum Haii korang masih segar ke tu nak membaca..??
Ha Hari nie kan Cik Kuih Koci nie nak kongsi sikit makana-makanan yang paling mahal..
Ha kalau korang ada bf tu mintalah dia belikan sebagai hadiah time nielah nk minta bf payung en..haha
Okay Jom  baca apa je 6 jenis makanan yang dikatakan mahal gila tu eh..?

Makanan merupakan ruji harian kita untuk meneruskan kehidupan seharian. Tetapi, bagaimana jika harga makanan yang  dibeli sangat eksklusif dan sangat mahal, sehingga kita perlu menghabiskan berjuta-juta dolar? Jadinya Cik kuih koci memperkenalkan beberapa jenis makanan yang mahal kepada korang.

Caviar

Caviar merupakan telur ikan, bukan telur ikan yang dijual di pasar-pasar. Ia merupakan telur ikan yang datangnya dari ikan Sturgeon Putih yang terletak di laut Eurasia. Caviar banyak jenis tetapi yang paling mahal ialah black caviar. Manakala harganya ialah untuk 1kg ialah RM136,000..Ha korang mesti ingat macam pil che kit tiun kan. Ha lagi satu korang pernah tengok cite hantu china tak yang kelakar2 tu,Kalau korang perasan ada satu scene yang diorang makan benda ini.Katanya bagus untuk kesihatan.

Kopi Luwak

Kopi Luwak merupakan kopi termahal di dunia kerana harga 1kg mencecah RM400 hingga RM2000. Kalau anda hendak tahu kopi ini dating daripada tahi musang. Musang ini dikenali sebagai Luwak. Kebanyakan musang Luwak ini mati akibat tidak mendapat diet yang betul.Ha'a best je kan tengok kopi luwak ni lama lama cik koci pun rasa luwak eh eh eh melawak jee meluat gitu.Ha apa lagi eh makanan yang mahal didunia ini.?

 

Pizza Royal 007

Di New York seorang chef yang bernama Domenico Crolla telah mencipta sekeping pizza bersaiz 12 inci menggunakan ramuan-ramuan termahal di dunia. Di inspirasikan dari filem-filem James Bond. Ramuan-ramuannya adalah dari daging rusa, caviar yang direndam samsu (sejenis arak) dan udang karang yang di perap dengan arak wine, malah Crolla turut menabur daun emas di atas pizza. Harga pizza ini adalah antara RM15,000 hingga RM16,000 sebiji.

 

 Mee Sup An Qi Pho

(gambar sekadar hiasan)

Perghh perghh takkan mee sup jadi makanan paling mahal dunia.bertuahnya mee sup ni. Apa rahsianya eh yang menjadikan mee sup nie makan paling mahal didunia. Teruskan membaca

Nampak macam ramuan biasa tapi An Qi Pho sangat berbeza dengan mee sup biasa kerana mee yang ini diperbuat daripada daging udang karang yang di hiris nipis. Resepi ini juga menggunakan daging lembu yang termahal di dunia, dan supnya pula menggunakan Foie Gras(hati itik termahal di Perancis), kecuali tauge. Harganya pula lebih kurang USD5000.

 

Telur Dadar Zillion Dollar Lobster Frittata

Telur Dadar Zillion Dollar Lobster Frittata  merupakan menu hotel 5 bintang di Amerika Syarikat. Menu yang di gunakan ialah 6 biji telur, daun kucai, caviar dan lobster. Harganya USD 1000.

 

 

Cupcake ini diperbuat daripada jam Champangne dan buah peach. Manakala bahan yang di luar pula di perbuat daripada wine mahal, coklat yang dipaluti dengan emas 24 karat yang boleh di makan. Harganya pula USD 1300.

Kesimpulanya, mungkin korang menganggap ini adalah satu pembaziran tetapi dari sudut positif korang boleh lihat satu nilai seni yang kreatif dan sudah semestinya target mereka adalah hartawan yang kaya raya. Jadi kalau korang berkemampuan dan teringin apa salahnya kan makan kesemua jenis makanan ini.Tetapi anda terpaksa pergi ke luar negara kerana di Malaysia tidak ada yang jual kesemua makanan ini.

Korang berminat untuk melancong ke luar negara? Tiada pakej istimewa yang di tawarkan? Jangan risau kami Rbatravel ada menyediakan pakej istimewa kepada korang punya mur2 jee. Jika berminat sila KLIK DINI. Jika korang berminat melihat pakej-pakej yang di tawarkan boleh  KLIK DISINI.

 




Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd (2018)

loading

Terima kasih kerana memilih RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Sila tunggu sementara kami memuatkan