Guilin Menjadi Tarikan Pelancong Di China 04/10/2018


Kali ini admin akan memperkenalkan kepada korang semua satu kawasan yang patut korang pergi setelah sampai di China. Kawasan ini merupakan pusat pelancongan utama, malah sering dijadikan tempat tertumpu bagi agensi pelancongan. Kawasan itu diberi nama Guilin.

GUILIN

Latar belakang: Guilin merupakan sebuah kawasan pedalaman bergunung-ganang yang terletak di bahagian selatan China. Guilin yang mempunyai penduduk sekitar 5 juta orang memiliki banyak tarikan terutama gunung-ganangnya yang bertaburan di seluruh wilayah tersebut selain Sungai Li dan gua-gua yang banyak terdapat di sekitarnya.

Aktiviti yang boleh korang lakukan ialah:

  1. Mendaki gunung-ganang yang terdapat di wilayah yang berdekatan dengan wilayah Guangdong. KebanyakaN gunung ini berbentuk kon dan di dalamnya terdapat gua-gua yang mempunyai banyak stalagmit dalam pelbagai bentuk. Ramai pengunjung akan berasa takjub, misalnya apabila berada di dalam gua seperti di Crown Cave dan Silver Cave yang menyaksikan stalagmit membentuk pelbagai objek seperti manusia, binatang, sayur-sayuran dan bangunan.
  2. Disebabkan kedudukannya yang jauh dari bandar besar seperti Beijing dan Shanghai, maka terdapat juga banyak elemen kebudayaan seperti penempatan suku kaum orang asli Miao yang tinggal di Shangri-La Yangshuo. Suku kaum asli yang berkulit sawo matang dan raut wajah seperti orang Melayu itu ramai yang mendiami kawasan seperti di tasik, kaki gunung dan sungai yang terdapat di Yangshuo bersama cara hidup mereka yang masih primitif.




Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd (2018)

loading

Terima kasih kerana memilih RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Sila tunggu sementara kami memuatkan