4 Jenis Beg Yang Sesuai Dibawa Melancong 09/10/2018


Keinginan setiap orang yang suka travel semestinya keselesaan diri untuk bergerak ke mana sahaja. Oleh itu, di mana sahaja destinasi rancangan perjalanan anda, pastikan beg yang anda pakai selesa dan tidak mengganggu perjalanan. Jadi admin ingin memperkenalkan kepada anda beberapa jenis beg yang sesuai untuk di bawa travel.

1. Bagasi atau luggage

Bagasi merupakan beg yang penting dan sering digunakan oleh jutaan orang yang suka travel. Terutama mereka yang membawa banyak barangan dan tidak mahu mengganggu membawa beg ke sana ke mari dengan hanya menarik roda yang ada. Tambahan pula, bagasi lebih selamat kerana terdapat kod laluan yang menguncinya. Ianya juga memiliki pelbagai saiz sesuai dengan barangan yang Korang ingin bawanya.

 

2. Backpack / Carrier

Bagi mereka yang ingin menjadi backpacker atau tidak mahu membawa banyak barang, Korang harus menggunakan backpack. Mengembara secara backpacking ini kebiasaannya korang boleh bergerak sendiri tanpa menggunakan khidmat agen atau pakej pelancongan. Dengan adanya masa 100% milik korang, rancang dan berjalanlah suka hati tanpa terikat dengan sesiapa pun. Tanpa perlu berkejar-kejar, bebas memilih tujuan dan semuanya terpulang pada korang, pengalaman seperti inilah yang manis untuk dirasai oleh mereka yang gemarkan mengembara secara backpacking.

 

3. Beg pinggang / belt beg

Sama ada beg pinggang atau belt beg, boleh dijadikan pilihan korang semasa melancong. Ia tidak sesuai untuk banyak barangan. Tetapi korang boleh menggunakannya untuk menyimpan barang-barang penting yang intensiti keluar yang sangat kerap seperti dompet, telefon bimbit, kunci, passport, dan lain-lain

 

4. Set beg melancong/beg makeup

Beg perjalanan atau beg makeup sangat berguna bagi korang terutamanya bagi wanita takkan lelaki pula kan untuk menganjurkan item dalam beg makeup mengikut jenisnya. Biasanya beg perjalanan atau beg makeup ini terdiri daripada 6 pek dengan saiz yang berbeza dan koranga yang wanita ini boleh gunakan untuk solek, dobi, peralatan mandian, pakaian bersih, dan sebagainya.Uniknya beg ini ialah korang akan jumpa dengan slogan kata "dimana ada perempuan,disitu pasti ada beg makeup"

Tetapi pastikan korang memakai beg kuat dan tidak mudah putus atau koyak kerana ianya akan menyusahkan lagi anda sepanjang percutian. Antara kesemua beg ini amat selamat untuk anda bawa ketika travel.

 

 




Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd (2018)

loading

Gracias por elegir RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Espere mientras cargamos