Antara perkara menarik dapat anda pelajari jika sering melancong. 12/10/2018


Jangan biarkan hidup korang seperti katak di bawah tempurung. Banyak perkara di dunia ini yang boleh korang nikmati dan terokai. Dalam era digital hari ini, mungkin korang boleh mencari semua maklumat. Walau bagaimanapun, inspirasi akan berbeza jika anda merasainya secara langsung. Jadi, Cik koci akan ceritakan apa yang dapat korang pelajari daripada melancong ke serata dunia.Ha lets begin..!!

1. Anda akan kenali diri sendiri

Hmm betul ke travel dapat membuat kita kenal pada diri sendiri tapi kenapa cik koci tak kenal-kenal lagi diri cik koci.(gurau) Sebenarnya Sedar atau tidak sedar, korang adalah orang yang terbentuk untuk mematuhi peraturan apabila berada di rumah, sekolah mahupun tempat kerja. korang mungkin orang yang unik, tetapi korang mungkin tidak tahu apa keunikan yang ada dalam diri korang. Jadi dengan cara mengenal dunia luar korang mungkin dapat mengenali diri korang sendiri. Mungkin korang menjadi orang yang ceria dan lebih menyenangkan daripada di rumah. Mungkin juga korang lebih kuat dalam mengendali sesuai perkara berbanding ketika berada di  rumah.

2. Anda akan lebih berani dari yang anda fikirkan

Cik koci yakin bila korang berada di rumah segala hal akan dibantu oleh keluarga korangkan,Ha berbeza bila korang hidup berdikari. Korang mungkin tak suka pada permulaan, tetapi dari situ korang belajar banyak perkara, terutamanya tentang keberanian. Korang akan lebih berani membuat keputusan dalam segalaa aspek berkaitan diri korang. Sebagai contoh bila korang melancong segala keperluan diri perlu korang lakukan secara sendiri tanpa bantuan orang luar.

3. Jiwa kepimpinan anda juga akan diuji dan akan menjadi lebih baik

Perjalanan bermakna keluar dari peraturan di rumah dan hidup di dunia luar. Di sana korang akan bebas untuk memutuskan apa yang korang ada. Sama ada korang dengan mudah akan menyesuaikan diri dengan peraturan atau sebaliknya. Dari sana korang akan belajar kepimpinan, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

4. Anda akan lebih matang.

Perjalanan bermakna keperluan korang tidak akan lengkap seperti yang korang ada di rumah. Itu kerana korang hanya dapat menyediakan keperluan korang sebelum pergi. Walaupun kemudian korang akan menginap di penginapan yang mahal, sebenarnya korang menentukan sama ada ia adalah yang terbaik atau tidak apabila korang tiba di destinasi. Belum lagi keperluan utama korang seperti makan dan berpakaian. Korang boleh memilih untuk bergantung kepada orang lain atau melakukannya sendiri. Ujian kematangan korang akan diuji di sana.

 

Ini antara inspirasi yang boleh korang peroleh ketika melakukan melancong ke luar negara. Semakin jauh perjalanan korang, semakin banyak inspirasi atau pengalaman yang korang akan dapat. Jadi di manakah perjalanan pertama korang dan di manakah destinasi kegemaran anda? Apa tunggu lagi, mulakan langkah pertama anda untuk mencari pengalaman hidup yang menarik dan mencari pengalaman yang tidak dapat orang lain rasakan.

Jika anda ingin melancong ke luar negara dan tiada agensi menarik untuk melancong? Jangan risau kami Rbatravel ada tawaran menarik kepada korang yang berminat membuat tempahan. Jika berminat sila klik DISINI.

 




Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd (2018)

loading

Gracias por elegir RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Espere mientras cargamos