UMRAH RAMADHAN 2019 Destination : UMRAH RAMADHAN 2019

Description

ATURCARA AM PERJALANAN UMRAH & ZIARAH [RAMADHAN]
12 HARI 10 MALAM

[KUL-JED-MEKAH-MADINAH-KUL]

Hak Milik : RBA Travel & Services Sdn Bhd
"Umrah Bersama Bagaikan 1 Keluarga..."


HARI 1 : KLIA/KLIA2 - MEKAH - IBADAH UMRAH PERTAMA

Jemaah diminta berkumpul di KLIA @ KLIA2 (bergantung kepada pakej penerbangan yang diambil). Taklimat perjalanan, tiket penerbangan & passport berserta visa akan diberikan. Perjalanan umrah akan diiringi dengan Ketua Rombongan RBA Travel yang berpengalaman. Niat umrah akan dilakukan di atas kapal terbang semasa di laluan Qarnul Manazil (sekiranya jemaah memilih pakej untuk ke Mekah terlebih dahulu). Juadah bersahur akan dihidangkan oleh pihak penerbangan (bergantung kepada waktu bersahur - jika ada). Setibanya di Jeddah, jemaah dibawa menaiki bas terus ke hotel & melaksanakan ibadah umrah dengan bimbingan Mutawif. Juadah berbuka puasa disediakan di hotel.

Sahur : Tiada | Buka Puasa : Ada


HARI 2 : MEKAH - AKTIVITI BEBAS

Juadah bersahur & berbuka puasa disediakan di hotel. Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.

Sahur : Ada | Buka Puasa : Ada


HARI 3 : MEKAH - ZIARAH MEKAH 1 - IBADAH UMRAH KE-2

Bersahur di hotel. Jam 8.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah seperti Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Mina dan menyelusuri Jabal Nur & Jabal Thur. Jemaah akan dibawa ke Masjid Ja’ranah untuk niat umrah (miqat) jika hendak melakukan umrah kali ke-2 ATAU badal/upah umrah untuk mereka yang sudah meninggal dunia. Pulang ke hotel & rehat sebentar. Selepas itu, jemaah akan menyelesaikan ibadah umrah dengan bimbingan Mutawif. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat. Juadah berbuka puasa disediakan di hotel.

Sahur : Ada | Buka Puasa : Ada


HARI 4 : MEKAH - AKTIVITI BEBAS

Juadah bersahur & berbuka puasa disediakan di hotel. Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.

Sahur : Ada | Buka Puasa : Ada


HARI 5 : MEKAH - ZIARAH MEKAH 2 - IBADAH UMRAH KE-3

Bersahur di hotel. Jam 8.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah seperti Muzium Haramain Mekah, Hudaibiyah & Gudang Kurma. Jemaah akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk niat umrah (miqat) jika hendak melakukan umrah kali ke-3 ATAU badal/upah umrah untuk mereka yang sudah meninggal dunia. Pulang ke hotel & rehat sebentar. Selepas itu, jemaah akan menyelesaikan ibadah umrah dengan bimbingan Mutawif. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat. Juadah berbuka puasa disediakan di hotel.

Sahur : Ada | Buka Puasa : Ada


HARI 6 HINGGA HARI KE 8 : MEKAH - AKTIVITI BEBAS

Juadah bersahur & berbuka puasa disediakan di hotel. Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.

Sahur : Ada | Buka Puasa : Ada


HARI 9 : MEKAH KE MADINAH - ZIARAH DALAM MADINAH - ZIARAH RAUDHAH

Bersahur di hotel. Tawaf wida' (tawaf selamat tinggal) akan dilakukan pada waktu pagi dengan bimbingan Mutawif sebelum meninggalkan kota Mekah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5-6 jam. Setibanya di Madinah, jemaah akan 'check in' di hotel yang telah ditetapkan. Juadah berbuka puasa disediakan di hotel. Selepas solat Isyak, akan diadakan ziarah dalam Madinah di perkarangan Masjid Nabawi dengan bimbingan Mutawif & ziarah Raudhah dengan bimbingan Mutawif @ Ketua Rombongan.

Sahur : Ada | Buka Puasa : Ada


HARI 10 : MADINAH - ZIARAH MADINAH 1

Bersahur di hotel. Jemaah diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 8 pagi untuk aktiviti ziarah Madinah 1. Antara tempat lawatan ialah Masjid Quba' & Bukit Uhud. Jemaah juga akan dibawa menyelusuri Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh. Selesai ziarah, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi. Juadah berbuka puasa disediakan di hotel.

Sahur : Ada | Buka Puasa : Ada


HARI 11 : MADINAH - ZIARAH MADINAH 2

Bersahur di hotel. Jemaah diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 8 pagi untuk aktiviti ziarah Madinah 2. Antara tempat lawatan ialah Muzium Keretapi Lama Turki, Ladang Kurma & Bukit Magnet. Selesai ziarah, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi. Juadah berbuka puasa disediakan di hotel.

Sahur : Ada | Buka Puasa : Ada


HARI 12 : LAPANGAN TERBANG MADINAH KE KLIA/KLIA2

Bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia, bersahur di hotel & bergerak ke lapangan terbang Madinah yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Juadah berbuka puasa akan dihidangkan oleh pihak penerbangan (bergantung kepada waktu berbuka - jika ada). Air zam-zam akan diberikan oleh Ketua Rombongan RBA Travel selepas mengambil beg bagasi di airport KLIA/KLIA2. Umrah & ziarah tamat. Semoga mendapat umrah yang maqbul, insyaallah. Amin...

Sahur : Ada | Buka Puasa : Tiada


MAKLUMAT HOTEL
MEKAH : Hotel Ajwad Ajiyad @ Setaraf (500 Meter)
MADINAH : Hotel Mubarak Silver @ Setaraf (250 Meter)


NOTA PENTING
* Ziarah Masjid Hudaibiyah dan Muzium Haramain Mekah (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi).
* Aturcara ini mungkin berubah-ubah mengikut kepada keadaan semasa.
* Sekiranya jemaah tidak mahu mengikuti aktiviti ziarah, tiada tuntutan pemulangan wang pakej.
* Sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya tuan/puan ingin sebarang 'add on'. Contoh : TEMPAT DUDUK BIZ CLASS, HOT SEAT, PILIHAN TEMPAT DUDUK, TAMBAHAN MAKANAN, KERUSI RODA DLL.
* Untuk UMRAH BULAN RAMADHAN, setiap malam akan diadakan SOLAT SUNAT TARAWIH di Masjidil Haram (Mekah) & Masjid Nabawi (Madinah). Jemaah digalakkan perbanyakkan ibadah di masjid.

LAWATAN & AKTIVITI TAMBAHAN (OPTIONAL) - JIKA MAHU & TIADA PAKSAAN
- MEKAH
* Mendaki Gua Hiraq di Jabal Nur (Tambang teksi SAR10 seorang)
* Suq Jaafariyah (Tambang teksi dikenakan)
* Masjid Siti Aisyah, Tanaim (Tambang teksi @ bas dikenakan)
* Perkuburan Maala
* Solat Sunat Tasbih Bimbingan Ustaz di Masjidil Haram - PERCUMA

HARGA PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan pergi & balik
- Penginapan hotel di Mekah & Madinah
- Pengangkutan di Mekah & Madinah
- Timbangan bagasi (20kg pergi, 30kg balik + 5 liter air zam-zam)
- Insuran perjalanan (basic)
- Makanan di Mekah & Madinah seperti di dalam aturcara (buffet & masakan Malaysia)
- Air zam-zam 5 liter seorang
- Visa umrah
- Program ziarah Mekah & Madinah seperti di dalam aturcara
- Beg cabin, beg silang & beg kecil (uncang)
- Buku panduan Umrah
- Mutawif/Mutawifah (pembimbing)
- Ketua Rombongan RBA Travel
- Kursus Umrah Percuma

- DEPOSIT MINIMA RM500 TIDAK AKAN DIPULANGKAN UNTUK PROSES SEGALA DOKUMEN TEMPAHAN.
- PENERBANGAN BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN & KELULUSAN VISA UMRAH DARI KERAJAAN ARAB SAUDI.
- TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT.

Hak Milik : RBA Travel & Services Sdn Bhd
"Umrah Bersama Bagaikan 1 Keluarga.."

Lire la suite


Politique de confidentialité

Harga tertakluk kepada harga tiket penerbangan semasa. Digalakkan membuat pendaftaran & deposit awal untuk dapatkan harga seperti yang dipamirkan. Bayaran tidak akan dipulangkan jika pihak RBA Travel sudah membuat pembelian tiket penerbangan. Sila pastikan nama PESERTA diisi mengikut nama seperti di dalam PASSPORT. Baki bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Tertakluk kepada terma & syarat.

Jours : 12 | Nuits : 10


Inclusions


  • Timbangan Bagasi
  • Penginapan Hotel
  • Tiket Penerbangan Pergi & Balik
  • Bayaran Masuk Ke Tempat Lawatan
  • Insuran Perjalanan (Basic)
  • Visa
  • Pengangkutan Di Tempat Lawatan
  • Air Zam-Zam (5 Liter)
  • Mutawif (Pembimbing)
  • Beg Cabin, Beg Sling & Beg Kecil (Uncang)
  • Ketua Rombongan Umrah
  • Kursus Umrah Percuma
  • Buku Panduan Umrah
  • Juadah Sahur & Buka Puasa

Exclusions


  •     Perbelanjaan Peribadi    
  •     Tambahan Timbangan Bagasi    
PAKEJ UMRAH 2018/2019 TARIH PAKEJ FLIGHT TITLE BIL.HARI BILIK BEREMPAT BILIK BERTIGA BILIK BERDUA KANAK DENGAN KATIL KANAK TANPA KATIL Prix
UMRAH RAMADHAN 28 APR - 09 MAY 2019 12H/10M
RM5,980
RM6,230
RM6,580
RM5,480
RM4,980
RM 0
UMRAH RAMADHAN 05 MAY - 16 MAY 2019 12H/10M
RM6,500
RM6,750
RM7,100
RM6,000
RM5,500
RM 0

Total MYR RM6,500
Dépôt maintenant MYR RM3900

Write Review x

Veuillez noter : Une fois l'évaluation ajoutée ne peut pas être supprimée ou mise à jour

Write Review x

Veuillez noter : Une fois l'évaluation ajoutée ne peut pas être supprimée ou mise à jour

Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd (2018)

loading

Merci d'avoir choisi RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Veuillez patienter pendant le chargement