UMRAH CUTI SEKOLAH 2019 Назначение : UMRAH CUTI SEKOLAH 2019

Описание

ATURCARA AM PERJALANAN UMRAH & ZIARAH
12 HARI 10 MALAM

[KUL-JED-MEKAH-MADINAH-KUL]

Hak Milik : RBA Travel & Services Sdn Bhd
"Umrah Bersama Bagaikan 1 Keluarga..."


HARI 1 : KLIA/KLIA2 - MEKAH - IBADAH UMRAH PERTAMA

Jemaah diminta berkumpul di KLIA @ KLIA2 (bergantung kepada pakej penerbangan yang diambil). Taklimat perjalanan, tiket penerbangan & passport berserta visa akan diberikan. Perjalanan umrah akan diiringi dengan Ketua Rombongan RBA Travel yang berpengalaman. Niat umrah akan dilakukan di atas kapal terbang semasa di laluan Qarnul Manazil (sekiranya jemaah memilih pakej untuk ke Mekah terlebih dahulu). Setibanya di Jeddah, jemaah dibawa menaiki bas terus ke hotel & melaksanakan ibadah umrah dengan bimbingan Mutawif. Makanan di atas kapal terbang disediakan sebanyak 2x oleh pihak penerbangan.

Sarapan : Tiada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Ada


HARI 2 : MEKAH - AKTIVITI BEBAS

Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.

Sarapan : Ada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Ada


HARI 3 : MEKAH - ZIARAH MEKAH 1 - IBADAH UMRAH KE-2

Sarapan disediakan selepas solat Subuh. Jam 8.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah seperti Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Mina dan menyelusuri Jabal Nur & Jabal Thur. Jemaah akan dibawa ke Masjid Ja’ranah untuk niat umrah (miqat) jika hendak melakukan umrah kali ke-2 ATAU badal/upah umrah untuk mereka yang sudah meninggal dunia. Pulang ke hotel & makan tengahari. Selepas itu, jemaah akan menyelesaikan ibadah umrah dengan bimbingan Mutawif. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

Sarapan : Ada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Ada


HARI 4 : MEKAH - AKTIVITI BEBAS

Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.

Sarapan : Ada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Ada


HARI 5 : MEKAH - ZIARAH MEKAH 2 - IBADAH UMRAH KE-3

Sarapan disediakan selepas solat Subuh. Jam 8.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah seperti Muzium Haramain Mekah, Hudaibiyah & Gudang Kurma. Jemaah akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk niat umrah (miqat) jika hendak melakukan umrah kali ke-3 ATAU badal/upah umrah untuk mereka yang sudah meninggal dunia. Pulang ke hotel & makan tengahari. Selepas itu, jemaah akan menyelesaikan ibadah umrah dengan bimbingan Mutawif. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

Sarapan : Ada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Ada


HARI 6 HINGGA HARI KE 8 : MEKAH - AKTIVITI BEBAS

Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.

Sarapan : Ada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Ada


HARI 9 : MEKAH KE MADINAH - ZIARAH DALAM MADINAH - ZIARAH RAUDHAH

Tawaf wida' (tawaf selamat tinggal) akan dilakukan selepas sarapan pagi dengan bimbingan Mutawif sebelum meninggalkan kota Mekah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5-6 jam. Makan tengahari akan dibungkus. Setibanya di Madinah, jemaah akan 'check in' di hotel yang telah ditetapkan. Makan malam disediakan di hotel. Selepas solat Isyak, akan diadakan ziarah dalam Madinah di perkarangan Masjid Nabawi dengan bimbingan Mutawif & ziarah Raudhah dengan bimbingan Mutawif @ Ketua Rombongan.

Sarapan : Ada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Ada


HARI 10 : MADINAH - ZIARAH MADINAH 1

Selepas sarapan di hotel, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 8 pagi untuk aktiviti ziarah Madinah 1. Antara tempat lawatan ialah Masjid Quba' & Bukit Uhud. Jemaah juga akan dibawa menyelusuri Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh. Selesai ziarah, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.

Sarapan : Ada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Ada


HARI 11 : MADINAH - ZIARAH MADINAH 2

Selepas sarapan di hotel, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 8 pagi untuk aktiviti ziarah Madinah 2. Antara tempat lawatan ialah Muzium Keretapi Lama Turki, Ladang Kurma & Bukit Magnet. Selesai ziarah, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.

Sarapan : Ada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Ada


HARI 12 : LAPANGAN TERBANG MADINAH KE KLIA/KLIA2

Bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia, sarapan pagi di hotel & bergerak ke lapangan terbang Madinah yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Makanan di atas kapal terbang disediakan sebanyak 2x oleh pihak penerbangan. Air zam-zam akan diberikan oleh Ketua Rombongan RBA Travel selepas mengambil beg bagasi di airport KLIA/KLIA2. Umrah & ziarah tamat. Semoga mendapat umrah yang maqbul, insyaallah. Amin...

Sarapan : Ada | Makan Tengahari : Ada | Makan Malam : Tiada


MAKLUMAT HOTEL
MEKAH : Hotel Jawharat Al Munir @ Setaraf (250 Meter)
MADINAH : Hotel Mubarak Silver @ Setaraf (250 Meter)


NOTA PENTING
* Ziarah Masjid Hudaibiyah dan Muzium Haramain Mekah (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi).
* Aturcara ini mungkin berubah-ubah mengikut kepada keadaan semasa.
* Sekiranya jemaah tidak mahu mengikuti aktiviti ziarah, tiada tuntutan pemulangan wang pakej.
* Sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya tuan/puan ingin sebarang 'add on'. Contoh : TEMPAT DUDUK BIZ CLASS, HOT SEAT, PILIHAN TEMPAT DUDUK, TAMBAHAN MAKANAN, KERUSI RODA DLL.

LAWATAN & AKTIVITI TAMBAHAN (OPTIONAL) - JIKA MAHU & TIADA PAKSAAN
- MEKAH
* Mendaki Gua Hiraq di Jabal Nur (Tambang teksi SAR10 seorang)
* Suq Jaafariyah (Tambang teksi dikenakan)
* Masjid Siti Aisyah, Tanaim (Tambang teksi @ bas dikenakan)
* Perkuburan Maala
* Solat Sunat Tasbih Bimbingan Ustaz di Masjidil Haram - PERCUMA

HARGA PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan pergi & balik
- Penginapan hotel di Mekah & Madinah
- Pengangkutan di Mekah & Madinah
- Timbangan bagasi (20kg pergi, 30kg balik + 5 liter air zam-zam)
- Insuran perjalanan (basic)
- Makanan di Mekah & Madinah seperti di dalam aturcara (buffet & masakan Malaysia)
- Air zam-zam 5 liter seorang
- Visa umrah
- Program ziarah Mekah & Madinah seperti di dalam aturcara
- Beg cabin, beg silang & beg kecil (uncang)
- Buku panduan Umrah
- Mutawif/Mutawifah (pembimbing)
- Ketua Rombongan RBA Travel
- Kursus Umrah Percuma

- DEPOSIT MINIMA RM500 TIDAK AKAN DIPULANGKAN UNTUK PROSES SEGALA DOKUMEN TEMPAHAN.
- PENERBANGAN BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN & KELULUSAN VISA UMRAH DARI KERAJAAN ARAB SAUDI.
- TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT.

Hak Milik : RBA Travel & Services Sdn Bhd
"Umrah Bersama Bagaikan 1 Keluarga.."

Читать дальше


Политика конфиденциальности

Harga tertakluk kepada harga tiket penerbangan semasa. Digalakkan membuat pendaftaran & deposit awal untuk dapatkan harga seperti yang dipamirkan. Bayaran tidak akan dipulangkan jika pihak RBA Travel sudah membuat pembelian tiket penerbangan. Sila pastikan nama PESERTA diisi mengikut nama seperti di dalam PASSPORT. Baki bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Tertakluk kepada terma & syarat.

Дни : 12 | Ночи : 10


Включения


  • Makanan Di Dalam Penerbangan
  • Timbangan Bagasi
  • Penginapan Hotel
  • Tiket Penerbangan Pergi & Balik
  • Makanan Halal (B/L/D)
  • Bayaran Masuk Ke Tempat Lawatan
  • Insuran Perjalanan (Basic)
  • Visa
  • Pengangkutan Di Tempat Lawatan
  • Air Zam-Zam (5 Liter)
  • Mutawif (Pembimbing)
  • Beg Cabin, Beg Sling & Beg Kecil (Uncang)
  • Ketua Rombongan Umrah
  • Kursus Umrah Percuma
  • Buku Panduan Umrah

Исключения


  •     Perbelanjaan Peribadi    
  •     Tambahan Timbangan Bagasi    
PAKEJ UMRAH 2018/2019 TARIKH PAKEJ Flight Title BIL.HARI BILIK BEREMPAT BILIK BERTIGA BILIK BERDUA KANAK DENGAN KATIL KANAK TANPA KATIL Цена
UMRAH 2018 15-26 DIS 2018 12H/10M
RM6,500
RM6,750
RM7,100
RM6,000
RM5,500
RM 0
UMRAH 2018 28 NOV - 09 DIS 2018 12H/10M
RM6,500
RM6,750
RM7,100
RM6,000
RM5,500
RM 0
UMRAH 2019 10-21 MAC 2019 12H/10M
RM6,500
RM6,750
RM7,100
RM6,000
RM5,500
RM 0
UMRAH 2019 22 NOV - 09 DIS 2019 12H/10M
RM5,950
RM6,200
RM6,550
RM5,450
RM4,950
RM 0
UMRAH 2019 28 NOV - 09 DIS 2019 12H/10M
RM5,950
RM6,200
RM6,550
RM5,450
RM4,950
RM 0
UMRAH 2019 03-14 DIS 2019 12H/10M
RM5,950
RM6,200
RM6,550
RM5,450
RM4,950
RM 0
UMRAH 2019 17-28 DIS 2019 12H/10M
RM5,950
RM6,200
RM6,550
RM5,450
RM4,950
RM 0

Итого MYR RM0
Депозит сейчас MYR RM0

Написать отзыв x

Обратите внимание : Как только добавленная оценка не может быть удалена или обновлена

Написать отзыв x

Обратите внимание : Как только добавленная оценка не может быть удалена или обновлена

Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd (2018)

loading

Спасибо, что выбрали RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Подождите, пока загрузится