FAQ

SIAPAKAH KAMI?

  • RBA Travel & Services Sdn Bhd merupakan agensi pelancongan yang dimiliki oleh bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan (KPK/LN 7490). Pada awal penubuhan syarikat iaitu pada tahun 2012, perkhimatan kami adalah lebih menjurus terhadap penawaran pakej umrah dan sambutan oleh pelanggan amat menggalakkan. Atas permintaan pelanggan yang pernah mengikuti pakej kami, pihak syarikat telah mewujudkan banyak pakej-pakej terbaru di dalam dan luar negara. Alhamdulillah, dengan usaha dan tenaga kerja kakitangan syarikat, kini syarikat bergerak lebih maju dan banyak pakej-pakej baru diwujudkan dengan penawaran harga yang berpatutan.

 

WAKTU OPERASI PEJABAT?

  • Waktu operasi syarikat adalah pada hari Isnin hingga Jumaat (9.00 am - 6.00 pm) dan sabtu (9.00 am - 2.00 pm). Sekiranya anda ingin datang dan berurusan di luar waktu pejabat, anda boleh membuat temujanji dengan mana-mana team syarikat kami dan kami amat komited dalam memudahkan urusan anda menyertai percutian bersama kami.

 

APAKAH JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN?

  • Syarikat kami bukan sahaja menyediakan pakej umrah dan percutian di luar serta di dalam negara. Kami juga turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain yang menjadi keutamaan pelanggan pada masa kini antaranya : 

 

  1. Tempahan Tiket (Airline Ticketing)

  2. Badal Haji

  3. Tempahan hotel atau penginapan dalam dan luar negara

  4. Pakej percutian secara berkumpulan, persendirian, persatuan, korporat, dan sekolah

 

ADAKAH PESERTA NON-MUSLIM BOLEH MENGIKUTI TRIP BERSAMA RBA?

  • Sememangnya boleh!! Syarikat kami sudah mempunyai ramai pelanggan non-muslim yang pernah mengikuti trip percutian bersama kami. Pakej yang ditawarkan amat sesuai dan mengikuti pengurusan percutian muslim. Sewaktu peserta muslim solat di mana-mana masjid , anda boleh berjalan di sekitar masjid untuk melihat seni bina dan pemandangan budaya yang baru di tempat yang anda lawati.

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PAKEJ FULLBOARD, HALFBOARD, ALL IN DAN GROUND?

  • Pakej Fullboard bermaksud pakej pelancongan dan termasuk dengan tiket penerbangan pergi dan balik serta tempat penginapan tetapi tidak termasuk dengan berat timbangan bagasi.

  • Pakej Halfboard bermaksud pakej pelancongan dan termasuk dengan tiket penerbangan pergi dan balik. Tetapi pakej ini tidak termasuk makan sewaktu berada di tempat yang dilawati sama ada sarapan, makan tengahari atau makan malam.

  • Pakej All In bermaksud pakej pelancongan lengkap dari segi tiket penerbangan pergi dan balik, makan dan penginapan.

  • Pakej Ground adalah pakej tanpa tiket penerbangan. Kebiasaannya mereka yang memilih pakej ini adalah mereka yang mempunyai tarikh spesifik untuk bercuti dengan menggunakan perkhidmatan makan, tempat lawatan dan penginapan sahaja mengikut kepada tempat percutian yang diingini.

 

ADAKAH PAKEJ PERCUTIAN YANG DITAWARKAN SELAMAT?

  • RBA Travel & Services Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM, IATA, MATTA, BUMITRA dan MOF. Anda juga boleh melihat page kami dengan lebih lanjut sama ada di page Instagram, Facebook, Twitter, dan Youtube. Segala urusan pembayaran dan tempahan hanya akan melalui akaun bank syarikat dan akan disertakan bersama invois serta resit rasmi syarikat.

 

ADAKAH PELANGGAN BOLEH MEMBAYAR SECARA ANSURAN?

  • Syarikat kami menerima bayaran ansuran pelanggan mengikut kepada jenis pakej yang ditempah. Kebiasaannya bayaran dilakukan 3 hingga 4 kali sebelum pelepasan. Bayaran penuh hendaklah dibuat 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi pakej umrah. Bagi pakej yang lain, bayaran hendaklah dilakukan 45 hari sebelum tarikh penerbangan.



Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd

loading

Terima kasih kerana memilih RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Sila tunggu sementara kami memuatkan