Jom Kenali RBA Travel

LATAR BELAKANG

 

 

RBA TRAVEL & SERVICES SDN BHD (KPK/LN 7490), merupakan sebuah syarikat pelancongan yang ditubuhkan di atas impian dan inspirasi pemilik syarikat pada tahun 2012.

Menyedari bahawa aktiviti perniagaan di dalam sektor pelancongan pada masa kini amat menggalakkan, maka bermulalah operasi sepenuhnya pada Jun 2013 yang beroperasi di Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia. 

 

RBA juga berdaftar dengan IATA, MATTA, BUMITRA, dan MOF sebagai travel agensi di Malaysia yang menawarkan pakej umrah, percutian luar negara dan dalam negara serta penjualan tiket kapal terbang. Prinsip yang digunakan oleh syarikat adalah Umrah "Bagaikan Satu Keluarga" dan "Kembara Bagaikan Satu Keluarga".

 

Dalam usaha memperluaskan lagi jaringan pemasaran, syarikat berusaha menyediakan perkhidmatan pelancongan yang lebih efisyen dan sempurna agar dapat memenuhi keperluan dan permintaan para pelanggan kami. Semangat kerjasama dan ketekunan selalu ditekankan bagi seluruh anggota organisasi RBA TRAVEL & SERVICES SDN BHD demi mencapai kepuasan secara tidak langsung ke arah pencapaian matlamat syarikat.

 

VISI DAN MISI SYARIKAT

 

VISI

"Menjadi sebuah agensi pelancongan yang berdaya saing, professional dan terbaik di Malaysia"

 

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan pelancongan yang terbaik dengan harga yang mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.

  • Menekankan aspek layanan yang terbaik daripada kakitangan terhadap pelanggan.

  • Membina ikatan ukhuwah antara pihak syarikat dan pelanggan bagaikan sebuah keluarga.

  • Menjadikan RBA sebagai sebuah platform tempahan pakej melalui aplikasi dalam talian.


TESTIMONI PELANGGAN

Selama 7 tahun beroperasi, kami telah mengumpul ramai pelanggan yang berminat untuk mengikuti kami ke pelbagai tempat dan negara.

Berikut kami kongsikan gambar-gambar percutian dan kenangan manis daripada pelanggan yang pernah mengikuti trip percutian bersama RBA :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd

loading

Terima kasih kerana memilih RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Sila tunggu sementara kami memuatkan