5 FAKTA MENARIK MENGENAI MALAYSIA 19/06/2019


Malaysia dikenali sebagai sebuah negara demokrasi yang mempunyai penduduk berbilang kaum 

dan dalam proses membangun bagi mencapai status negara maju.

 

Tapi pernahkan anda terfikir? Apakah perkara yang menarik yang wujud di Malaysia dan masih menjadi tanda tanya bagi rakyat Malaysia itu sendiri?

Mari kita lihat 6 fakta menarik mengenai negara Malaysia :

 

1. KUALA LUMPUR MERUPAKAN IBU KILAT DUNIA.

Kuala Lumpur merupakan ibu negara bagi negara Malaysia. Tetapi siapa sangka, dalam kesibukan dan kemajuan ibu kota itu sendiri,

Kuala Lumpur merupakan tempat di dunia yang paling banyak menerima panahan petir dan kilat berbanding di mana-mana ibu kota di dunia.

Macam tak percaya kan? Tetapi itulah realitinya.

 

Dianggarkan bahawa Kuala Lumpur menerima 200 hari ribut petir dalam setahun berbanding hanya 20 hari ribut petir di London dan 10 hari ribut petir  di New York.

Hal ini adalah disebabkan, kedudukan Kuala Lumpur itu sendiri adalah betul-betul berhampiran dengan

garisan khatulistiwa di mana pada garisan ini sering terbentuk awan ribut petir.

Tidak hairanlah kalau anda sering melihat kilat dan petir berlaku di Kuala Lumpur.

 

2. SERANGGA TERPANJANG DI DUNIA 

Siapakah peminat serangga di sini? Mungkin ada segelintir yang meminati dan ramai daripada kita yang takut dengan serangga bukan?

Serangga yang diberi nama Chan Megastick, ianya adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 56cm

yang ditemui di dalam hutan belantara di Sabah.

Serangga ini dijumpai oleh sekumpulan pengkaji alam semula jadi di Malaysia dan nama yang diberikan adalah 

bersempena nama Datuk Chan Chew Lun. 

 

Serangga ini hidup di atas kanopi rimba dan menjadi antara "Top 10 New Species" menurut senarai BBC.

Macam tak percaya kan? Jom kita lihat apa lagi perkara yang menarik.

 

3. POPULASI LIPAS TERBANYAK DI DUNIA

Ya!! Masih lagi mengenai serangga. 

Lipas merupakan serangga yang amat tidak diminati oleh ramai orang di dunia. 

Tapi pernahkan anda tahu? Lipas merupakan sejenis hidupan yang mampu bertahan 

walaupun berada di dalam kota yang musnah akibat serangan nuklear.

 

Namun begitu, terdapat sebuah gua di sabah yang dinamakan sebagai Gua Gomantong.

Gua ini menempatkan populasi serangan lipas terbanyak di dunia. Menarik bukan?

 

Gua ini terkenal dengan bau busuk di dalamnya. Bau berkenaan adalah berpunca daripada 

longgokan tahi kelawar yang sangat banyak di lantai-lantai gua tersebut.

 

Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua dan boleh dikatakan

memenuhi setiap sudut yang ada di dalam gua tersebut.

 

Dengan kekotoran, sumber makanan, suasana kelam dan kelembapan yang ada di dalam gua

tersebut menjadikan ianya sebagai sebuah tempat yang amat digemari oleh serangga lipas

untuk berada di situ.

 

Jom kita lihat perkara lain yang menarik.

 

4. ROUNDABOUT TERBESAR DI DUNIA

Sekiranya anda pernah datang ke Putrajaya, mesti anda pernah melalui bulatan (roundabout) di sana kan?

Bulatan ini diberi nama Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang

menjadikan ianya jalan bulatan terbesar di dunia dengan ukur lilit 3.5 kilometer.

 

Bulatan ini mempunyai 15 sistem jalan keluar masuk dan roundabout ini diilhamkan oleh Tun Mahathir sendiri

selepas mendapat ilham daripada lawatannya ke Paris dengan melihat

Avenue Des Champs Elysees semasa perarakan hari Bastile.

 

Tujuannya dibina juga adalah untuk membuat perarakan Hari Kemerdekaan yang dilihat cukup besar untuk

meraikan hari tersebut.

 

5. JAMBATAN GANTUNG TERTINGGI DUNIA

Anda sukakan aktiviti atau ekspidisi yang mencabar? Jika anda salah seorang daripadanya,

mungkin anda perlu cuba untuk melalui jambatan ini.

 

Tinggi ke Gunung Kinabalu ni? 

 

Dengan ketinggian 4095 meter dari aras laut, menjadikan ianya 10 kali ganda lebih tinggi daripada

Menara Kembar Petronas dan lebih kurang separuh daripada ketinggian Gunung Everest di Himalaya.

Tinggi kan? Tapi ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan

jambatan gantung yang tertinggi di dunia ini terdapat di Sabah.

 

Jambatan gantung ini terletak di Gunung Kinabalu dan dipasang betul-betul

pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut. 

Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. 

 

Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iatiu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang

pada lereng Gunung Kinabalu sebelum anda sampai ke jambatan gantung berkenaan.

 




Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd

loading

Terima kasih kerana memilih RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Sila tunggu sementara kami memuatkan