BALKAN, TAPAK UNESCO DUNIA 22/06/2019


Balkan merupakan himpunan sebahagian daripada negara eropah.Secara geografinya, rantau Balkan ini terletak di bahagian Tenggara Benua Eropah.

Secara teorinya, nama Balkan ini diambil sempena nama sebuah gunung yang terletak di antara dua buah negara iaitu Bulgaria dan Serbia.

 

Antara negara-negara yang terletak di dalam kawasan Balkan adalah Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Macedonia, Montenegro, Romania, Slovenia, Serbia,

dan sebahagian kecil negara Turkey.

 

Mari kita lihat beberapa tempat yang menarik di negara-negara Balkan.

 

1. SKOPJE

 

Skopje merupakan ibu negara bagi Republik Macedonia yang merupakan bekas negara Yugoslavia.Mengikut kepada sejarah, Skopje telah diduduki manusia seawal 4000BC lagi dan

kemudiannya kawasan ini dijadikan kem tentera askar oleh tentera Rome. Skopje juga pernah berada di bawah kekuasaan kerajaan Ottoman selama 500 tahun. 
 

Banyak tinggalan sejarah pemerintahan Ottoman di sini yang dapat dilihat dari aspek senibina bangunan dan masjid-masjid. Sekiranya anda menjejakkan kaki di sini, anda akan melihat

banyak patung statue yang dibina sepanjang jalan dan jambatan. Menariknya, kebanyakkan patung statues tertulis siapakah mereka yang digambarkan.Tidak hairanlah apabila Skopje

digelarkan sebagai Kota Seribu Statues.

 

2. OHRID

 

Ohrid merupakan nama sebuah bandar di Republik Macedonia. Sekiranya anda berpeluang mengunjungi Ohrid, Tasik Ohrid mesti menjadi satu tempat wajib bagi anda untuk dilawati. Tasik

Ohrid merupakan salah satu tasik paling dalam dan tertua di Eropah. Tasik ini dikenali sebagai 'Lichnidos'. Dengan keindahan pemandangan yang menjadi tarikan pelancong, tasik ini

digelar sebagai 'Pearl of the Balkan'.

 

Anda juga dapat melihat laluan berbatu dan berliku-liku sepanjang berada di Ohrid. Banyak bangunan-bangunan bersejarah yang ada di sana serta lukisan-lukisan  dilukis di dinding-

dinding bangunan yang telah lama ditinggalkan. Bandar lama Ohrid juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Dengan Iklim Mediterranian yang nyaman dan suasana tepi pantai

yang sangat menarik, menjadikan ianya sebagai sebuah tempat yang amat sesuai untuk percutian anda.

 

3. STARI MOST (JAMBATAN LAMA MOSTAR)

 

Mostar merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian Bosnia Herzegovina. Tempat yang paling terkenal di sana adalah sebuah jambatan lama yang diberi nama sebagai (Stari Most).

Bandar Mostar telah diiktiraf sebagai salah satu bandar warisan dunia oleh UNESCO. Tidak terlalu jauh dari Sarajevo iaitu lebih kurang 150 KM, anda berpeluang merasai suasana yang

lebih panas kerana dan amat sesuai untuk sesi fotografi serta melihat pemandangan gunung ganang serta bangunan-bangunan di sekitar kawasan tersebut.

 

Jambatan ini merupakan sebuah jambatan yang dibina sewaktu pemerintahan Turki Uthmaniyah pada tahun 1566. Jambatan ini kekal utuh selama 427 tahun sebelum dimusnahkan oleh

tentera Croat pada tahun 1993. Namun begitu, jambatan ini dibina semula pada tahun 2004 selepas tamat peperangan. Pada hari ini, Stari Most masih tersergam indah mengikut struktur

dan senibina asalnya dengan dikelilingi pemandangan yang begitu memukau apabila memandangnya. Tidak hairanlah tempat ini menjadi tumpuan utama bagi pelancong-pelancong luar

bagi merebut peluang untuk menyaksikan sendiri keindahan yang mempersonakan.

 

4. KOTOR

 

Kotor? Adakah namanya mengambarkan tempatnya? Sekiranya anda ingin ke Balkan, Kotor mesti menjadi salah satu tempat wajib yang perlu dilawati. Tempat yang diangkat sebagai salah

satu warisan dunia oleh UNESCO ini adalah sebuah kota yang terletak berhampiran dengan pelabuhan di dalam wilayah Eropah Tenggara ataupun Balkan. Pemandangan yang cantik dan

memukau menjadikan Kotor adalah sebuah tempat yang amat popular bagi kalangan pelancong dari seluruh dunia. Sekiranya anda masuk ke negara Montenegro ini, anda tidak perlu risau

tentang visa kerana negara ini tidak memerlukan Visa. Bandar ini sangat bersih walaupun berlawanan dengan namanya sendiri.

 

Kebiasaanya, pelancong akan naik ke Kotor Old Town City Wall untuk melihat pemandangan yang lebih cantik. Untuk mendapatkan pemandangan yang cantik, anda perlu mendaki lebih

kurang 1300 anak tangga. Tengok macam penat bukan? Tetapi percayalah, sekiranya anda berjaya mendaki tangga tersebut hingga ke puncak, anda berpeluang melihat pemandangan

sekeliling bandar Kotor yang tersergam indah.

 




Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd

loading

Terima kasih kerana memilih RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Sila tunggu sementara kami memuatkan