JOM KENALI UZBEKISTAN 17/06/2019


Mungkin ada diantara kita yang sudah mengetahui dan pernah mendengar nama Uzbekistan

dan mungkin juga ada yang tidak pernah mendengar langsung tentang negara tersebut.

 

Mari kita kenali tentang selok belok, tempat lawatan, keindahan alam, keagungan dari sudut senibina dan sejarah yang ada pada negara yang disebut sebagai Uzbekistan.

Sebagai salah satu sebuah negara yang berada di Asia tengah, Uzbekistan juga turut mempunyai musim dan yang special nyaaaaa, negara mereka ni 4 musim weyhh!!!

Kebiasaannya kita boleh nampak matahari terbit dan terbenam sampaikan negara ni digelar sebagai Bandar Matahari.

 

 

Mari kita lihat beberapa tempat yang menarik yang ada di Uzbekistan :

 

1. TASHKENT

Kalau anda nak tahu, Tashkent merupakan ibu negara bagi Uzbekistan tau.

Tashkent ni yang menariknya adalah, senibina yang ada di sana merupakan hasil gabungan daripada senibina baru dan lama.

Banyak bangunan-bangunan di sini mempunyai rekaan yang moden tetapi mempunyai unsur-unsur klasik yang menambahkan lagi seri pemandangan bagi ibu negara Uzbekistan ini.

Selain itu, bandar ini juga terdapat sejarah penting bagi umat Islam iaitu Al-Quran semasa zaman Khalifah Uthman Bin Affan dimana ianya merupakan AL-Quran yang tertua di dunia dan pertama yang dibukukan selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.

Banyak sejarah penting Islam yang wujud di negara Uzbekistan dan tak rugi sekiranya anda datang ke tempat ini. 

 

2. SAMARKAND

Seterusnya adalah Samarkand. 

 

Kalau anda nak tahu, rata-rata orang menggelarkannya dengan panggilan Kota Pelik. 

Mungkin disebabkan senibina yang lama dan diadun dengan binaan seramik dalam kebanyakkan bangunan-bangunan di kawasan tersebut.

Kewujudan bangunan-bangunan lama di tempat ini adalah bermula dari zaman 6 hingga ke 14 masihi dan masih berdiri teguh yang disertai dengan ukiran senibina yang indah bila memandangnya.

 

Tarikan utama di sini ialah terdapat makam Imam Al-Bukhari. 
Samarkand juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Ohh yaa!! kalau anda nak tahu, Samarkand ni pernah menjadi ibu negara tau bagi Uzbekistan pada tahun 1929 dulu.

 

3. CHORSU BAZAAR

Tak lengkapla kalau berjalan-jalan ke Uzbekistan ni, kalau tak singgah tempat membeli belah kan??

 

Sampai je kat Tashkent, di sini ada satu tempat membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai sama ada bagi orang tempatan mahupun pelancong luar.

Cuba anda teka berapa usia Chorsu Bazaar ni? 

Ratusan tahun weyhhh!!! 


Chorsu Bazaar ni menghimpunkan para penjual yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan buah-buahan segar, dried fruits, roti, daging, souveir dan macam-macam lagi.

 

Kalau anda mahu rasa makanan tradisional Uzbekistan, kat bazaar ni lah tempat yang anda boleh teroka. Best tauu!

 

4.TASHKENT METRO

Sekali tengok macam muzium pun ada, macam tempat shopping compleks pun ada.

 

Sebenarnya, ini adalah sistem pengangkutan bawah tanah yang digunakan oleh masyarakat di Uzbekistan dan rekaannya sangatlah cantik.

Tashkent Metro ni boleh dikatakan sebagai sebuah bangunan sistem pengangkutan bawah tanah tercantik di dunia.

 

Bangunan ni mula beroperasi sejak 6 November 1977. 

Diperbuat daripada marmar, seramik, dan juga granit. 

Terdapat 29 stesen dan panjangnya sekitar 36.2 KM.

Menarik kan? kalau sampai sini bolehlah ambil gambar banyak-banyak.

 

5. BANDAR BUKHARA

Bukhara merupakan salah satu tempat kegemilangan bagi sejarah tamadun Islam.

 

Sekitar abad ke 9 masihi hingga 13 masihi, Wilayah Bukhara ini diangkat sebagai pusat peradaban Islam Asia Tengah.

Kalau anda datang ke sini, anda berpeluang melihat bangunan-bangunan bersejarah yang wujud disini.

 

Selain itu, anda juga berpeluang melihat rumah yang dibina dengan rumput dan tanah serta kaedah memasak tradisional bagi masyarakat Uzbekistan.

Disana juga terdapat keldai yang digunakan sebagai pengangkutan.

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman dan suasana hidup masa silam, anda mesti cuba untuk menjejakkan kaki ke negara kelahiran Imam Al-Bukhari ini.


Anda juga ingin menjadi sebahagian dari kumpulan trip kami?

Teringin untuk menerokai sejarah agung Islam di Uzbekistan bersama RBA?

Nak berhubung terus dengan team kami?

Anda boleh menghubungi nombor di bawah untuk keterangan lebih lanjut :

03-9054 2458

atau whatsapp di nombor:

0182314674




Powered by : RBA Travel & Services Sdn Bhd Hak Milik RBA Travel & Services Sdn Bhd

loading

Terima kasih kerana memilih RBA TRAVEL AND SERVICES SDN BHD
(1049100-H|KPK LN:7490|LKU:097)

Sila tunggu sementara kami memuatkan